Red Design Center: 10 Tips Menarik Untuk Yang Baru Memulakan Perniagaan
Red Design Center
We create and design engaging brand that help your business to grow.
Hire Us

10 Tips Menarik Untuk Yang Baru Memulakan Perniagaan

Posted On Ogos 31, 2017




Jika anda pertama kali memulakan perniagaan, ia boleh menjadi pengalaman yang menakutkan. Akan tetapi bila perniaggan anda semakin berjaya, ia akan jadi pengalaman yang menyeronokan. Berikut adalah 10 tips yang menarik untuk memulakan perniagaan.

# 1 Tetapkan Matlamat

Kebanyakan orang yang berjaya dalam perniagaan, mereka mempunyai matlamat yang jelas. Oleh itu tulis dengan jelas matlamat yang anda ingin capai dan sejauh mana ingin kembangkan perniagaan anda.

# 2 Urus Masa Dengan Bijak

Urus masa anda sebaik mungkin & elakkan bazirkan masa dengan perkara sia-sia. Masa itu lebih berharga daripada emas. Jangan suka tangguh kerja, selesaikan kerja secepat munkin & amalkan gaya hidup sihat.

# 3 Aktifkan Diri di Media Sosial

Media Sosial adalah percuma, rugi jika anda tidak menggunakannya. Media sosial adalah tempat untuk mempromosikan perniagaan dan jenama anda. Media sosial merupakan alat pemasaran yang luar biasa. Jadi optimumkan penggunaan media sosial.

# 4 Ketahui Keperluan dan Masalah Pelanggan

Fahami keperluan pelanggan anda dan atasi masalah mereka hadapi. Setiap pelanggan mempunyai keperluan yang berbeza berdasarkan masalah mereka. Ingat semakin cepat anda selesaikan masalah mereka, makin cepat mereka suka dengan anda!

# 5 Belajar Perkara Baru Setiap Hari

Belajar perkara baru tentang perniagaan secara berterusan. Setelah anda belajar sesuatu praktikkan ilmu tersebut. Sekiranya ada perkara yang mengecewakan anda, jangan cepat berputus asa.

# 6 Minta Nasihat atau Pandangan

Jika anda menghadapi masalah dalam perniagaan, minta nasihat daripada orang yang kita kenal. Pastikan dia arif dan berpengalaman dalam perniagaan. Tidak ada yang mengharapkan anda untuk bergerak bersendirian.

# 7 Buat Strategi Perniagaan

Tidak kira berapa besar atau kecil sesuatu perniagaan, wajib ada strategi perniagaan. Ada orang menganggap perkara ini remeh dan merumitkan, tetapi strategi yang baik dapat mengembangkan lagi perniagaan anda.

# 8 Jangan Berhutang

Jangan mengambil sebarang pinjaman dari bank, mulakan perniagaan dengan kos paling rendah. Banyak cara yang boleh dilakukan untuk besarkan perniagaan anda tanpa berhutang.

# 9 Urus Akaun Perbelanjaan

Jangan belanjakan wang untuk perkara kecil yang anda tidak perlukan. Anda harus menabung, munkin suatu hari perniagaan anda akan hadapi masalah.

# 10 Jangan Terlalu Mengejar Kesempurnaan

Tiada syarikat perniagaan yang sempurna, walaupun mereka mempunyai pengalaman bertahun-tahun di dalam industri. Jadilah realistik tentang apa yang ingin capai dalam perniagaan dan sentiasa komitmen untuk mencapai matlamat tersebut.

10 tip di atas adalah untuk yang baru memulakan perniagaan secara kecil-kecilan jika anda nak tambah boleh isi di ruangan komen dibawah dan yang paling penting jangan cepat berputus asa. Setiap kejayaan itu tidak datang dengan mudah.



Tiada ulasan

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.
/

Get In Touch

Wakaf Bharu Tumpat, Kelantan
WhatsApp : 010 575 6765
Mon - Sat (10am - 6pm)

Borang Maklumat Hubungan

Names

E-mel

Mesej

© Red Design Center [KT0365194-W]. All Rights Reserved