Red Design Center: 8 Kelebihan Blogspot Yang Patut Anda Tahu
Red Design Center
We create and design engaging brand that help your business to grow.
Hire Us

8 Kelebihan Blogspot Yang Patut Anda Tahu

Posted On September 01, 2017


Blogspot atau dikenali sebagai blogger.com adalah satu platform untuk membangunkan blog ataupun website bagi memperkenalkan jenama anda kepada pelanggan. Blogspot adalah pilihan tepat jika anda inginkan website tanpa perlu tahu lebih terperinci tentang website development.

1# Produk Google

Blogspot adalah salah satu produk dari Google, jadi ianya sudah terintergrasi dengan produk-produk Google yang lain dengan hanya menggunakan satu akaun gmail.

2# Mesra Pengguna

Mudah digunakan untuk pengguna yang baru berjinak dalam blogging. Paparan dashboard admin panel juga sangat mudah digunakan, tidak terlalu rumit kecuali anda tidak tahu membaca.

3# Penyelenggaraan

Sangat mudah diselenggarakan, pengguna blogspot tidak perlu belajar Cpanel, setup CMS atau bahasa programing yang pelik-pelik.

4# Jimat

Benda yang paling best, jimat masa dan duit.
Anda tidak perlu menyewa hosting yang mahal dibayar setiap tahun. Anda juga boleh bina blog / website dengan percuma kecuali anda menggunakan custom domain dan template premium.

5# Bandwidth

Bandwidth penting dalam proses pembinaan blog atau website, jika sangat ramai orang buka website anda ia memerlukan bandwidth yang tinggi supaya website tidak down. Namun di blogspot tidak ada istilah server down.

6# Keselamatan

Tidak perlu risau pasal website anda digodam, Google mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi. Anda cuma perlu ingat password anda dan buat 2-step verification dengan nombor telefon.

7# Custom Domain

Boleh tukar domain berbayar seperti .my .com atau .net untuk nampak lebih profesional dan prosesnya tidak terlalu rumit.

8# Template

Template blogspot boleh di ubahsuai sama ada ingin jadikan ia sebagai blog, website, ecommerce atau landing page. Atau anda boleh saja beli template di Envato Market.

Seperti yang anda lihat website ini sebenarnya menggunakan platform blogspot, tetapi menggunakan custom domain. Template yang digunakkan dibeli dekat Evanto Market dan melakukan beberapa modifikasi.



Tiada ulasan

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.
/

Get In Touch

Wakaf Bharu Tumpat, Kelantan
WhatsApp : 010 575 6765
Mon - Sat (10am - 6pm)

Borang Maklumat Hubungan

Names

E-mel

Mesej

© Red Design Center [KT0365194-W]. All Rights Reserved