Red Design Center: Aplikasi Editing Untuk Orang Bisnes
Red Design Center
We create and design engaging brand that help your business to grow.
Hire Us

Aplikasi Editing Untuk Orang Bisnes

Posted On April 02, 2018



Aplikasi editing ini penting bagi usahawan yang baru memulakan perniagaan secara online untuk mempromosikan perniagaan anda di laman media sosial. Di sini kami senaraikan aplikasi editing yang menjadi pilihan usahawan online pada masa kini.



1. Snapseed


Untuk nampak gambar lanskap lebih menyerlah guna aplikasi snapseed, ia boleh menaikkan tone warna dan boleh cerahkan gambar. Snapseed juga berguna untuk selfies dan gambar potret yang lain. Aplikasi ini juga boleh mencerahkan wajah secara automatik.


2. Blend Collage


Aplikasi yang hebat untuk design poster nampak lebih exclusive. Kelebihan utama boleh crop gambar mengikut object dengan mudah, cantumkan banyak gambar dalam satu gambar. Fungsi menarik mengenai aplikasi ini boleh edit gambar dalam kualiti HD.


3. Aplikasi Cymera


Untuk jadikan gambar anda nampak lebih gorgeous dengan beribu-ribu effect filter, frame dan sticker selfie aplikasi ini adalah terbaik. Kelebihan aplikasi ini boleh edit wajah anda nampak lebih muda dan boleh buat badan nampak kurus.


4. Editing Picsart


Aplikasi ini banyak fungsi menarik untuk buat editing pada gambar untuk kelihatan lebih profesional, tetapi penggunaanya sedikit sukar berbanding yang lain. Apa yang menarik picart ada komuniti luas dan ada banyak pertandingan edit gambar dalam aplikasi tersebut.


5. Photoshop Mix


Fungsi aplikasi ini lebih kurang picart, untuk buat editing manipulasi pada gambar. Boleh crop gambar dan cantum dengan yang gambar lain. Aplikasi ini lebih sesuai jika digunakan pada tablet.


6. Phonto


Untuk tambah tulisan pada gambar supaya nampak menarik aplikasi ini memang terbaik, aplikasi ini terdapat lebih 200 font untuk anda gunakan. Ia juga menyokong file berformat .ttf dan .otf. Text yang digunakan juga boleh tambah effect shodow, stroke dan yang paling menarik boleh ubah jarah font (spacing).


7. Adobe Photoshop Express


Aplikasi ini boleh edit contrast, exposure, dan betulkan white balance. Boleh juga guna untuk hilangkan jerawat dan jeragat pada muka. Selain itu boleh edit file gambar dalam format raw. Mungkin format ini jarang digunakan oleh peniaga online.


8. Canva


Aplikasi yang wajib ada dekat smartphone anda untuk edit gambar dan text. Aplikasi ini terbaik untuk buat cover atau poster Facebook, Twitter, Youtube melalui template yang tersedia.

Semua senarai aplikasi diatas tidak perlu ada kemahiran design yang tinggi untuk hasilkan poster menarik untuk mempromosikan bisnes anda. Hanya cukup sekadar tahu cara menggunakan smartphone. Nanti perniagaan sudah maju bolehlah cari designer buat design untuk anda.

Tiada ulasan

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.
/

Get In Touch

Wakaf Bharu Tumpat, Kelantan
WhatsApp : 010 575 6765
Mon - Sat (10am - 6pm)

Borang Maklumat Hubungan

Names

E-mel

Mesej

© Red Design Center [KT0365194-W]. All Rights Reserved